Catatan terbaru penulis pada malam ini hanyalah ingin berkongsi sedikit pengalaman menggembirakan yang penulis sendiri alamai sepanjang tahun 2010 di SK Pujut Corner...
Pada tahun 2010, penulis diamanahkan untuk mengajar BM kelas 6 Satria...penulis diminta oleh PK1, Cikgu Subaikah untuk menggantikan seorang cikgu yang cuti bersalin...Penulis dengan rela hati menerima tanggungjawab tersebut...Cikgu Subaikah meletakkan harapan yang tinggi kepada penulis untuk mengubah sikap kelas 6 Satria...Maklumlah, murid kelas paling hujung biasanya kondisi disiplin mereka agak teruk...Selain mengajar BM, penulis menjadi guru kelas mereka...Sejak pertama kali masuk, penulis dapat melihat potensi-potensi besar yang ada pada kelas 6 Satria...Ada 2 cabaran yang penulis terpaksa hadapi...Cabaran yang pertama bagaimana ingin mengubah persepsi kelas 6 Satria daripada kelas terkotor kepada kelas terbersih dalam pertandingan kelas bersih yang diadakan...Saban minggu penulis mengerahkan anak-anak murid mengemas kelas....Usaha itu amat berbaloi....Cuba saudara bayangkan, hampir setiap minggu kelas 6 Satria diumumkan sebagai Kelas Terbersih...
Cabaran yang kedua pula ialah untuk meningkatkan prestasi akademik murid di kelas paling hujung...Maklumlah setiap kali ujian, keputusan masih lagi merah, merah dan terus merah...Untuk mengatasi masalah ini, saya mengambil pendekatan yang tegas...antaranya menghukum murid yang tidak hadir kelas bimbingan dan murid yang memalukan kelas akan turut dihukum...Dengan cara tersebut, keadaaan disiplin semakin baik sehingga mendapat pujian daripada Guru Besar, Mr. Wong dalam mesyuarat staf....Apabila disiplin semakin baik, penulis mula menumpukan perhatian pada akademik....Penulis mengambil inisiatif untuk mendapatkan soalan-soalan daripada negeri-negeri lain...Penulis juga mengadakan kelas bimbingan pada bulan Ramadhan untuk murid-murid yang boleh lulus...Alhamdulillah, apabila keputusan UPSR diumumkan, pencapaian kelas 6 Satria 2010 merupakan yang terbaik daripada kelas 6 Satria tahun-tahun sebelumnya...Penulis berani mengatakan begitu kerana pada tahun 2010, terdapat murid yang berjaya lulus semua matapelajaran iaitu 5C...Ini juga merupakan sejarah untuk sekolah kerana belum pernah ada murid dari kelas 6 Satria yang lulus semua matapelajaran UPSR...Inilah kenangan paling indah buat penulis yang baru tahun pertama berkhidmat di sekolah itu....Murid tersebut ialah Teo Wan Shiang, yang telah menerima Anugerah Khas Guru Besar pada Hari Anugerah Cemerlang 2010...Penulis juga igin merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar 6 Satria 2010 iaitu Cikgu Hilda, Cikgu Mohadi dan Cikgu Donna Florence...Tidak lupa juga kepada Cikgu Subaikah dan Mr. Wong yang memberi peluang kepada penulis....
Itulah serba sedikit pengalaman manis mengajar kelas lemah yang penulis rasakan pada tahun pertama...