Ahad, 1 Januari 2012

::... 2012 Apa Azam Anak Muda ..::

Hari ini hari pertama tahun 2012...Penulis tertarik dengan sambutan tahun baru yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang menampilkan 2 tokoh massa yang terhangat di pasaran sekarang iaitu Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak...1 kelainan yang dibawa oleh negeri Selangor di mana tahun 2012 disambut dengan Asma ul Husna dan bacaan doa...Sudah tentu pendekatan ini menyimpang dengan kelaziman masyarakat Malaysia yang sudah terbiasa dengan alunan hedonisme yang melampau...Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Selangor...Jika kita anggap sambutan tersebut lesu dan suram, kita salah. Hampir 80 ribu orang membanjiri dataran...Yang lebih mengujakan, majoriti anak muda...


Penulis tidak berminat mengulas kejayaan ini dari aspek politik...seharusnya kita harus menjangkau kepada perkara yang lebih besar iaitu halatuju anak muda masa kini...Selama ini, kita terlalu banyak dimomokkan dengan kebanjiran pengaruh barat...konsert, pusat hiburan yang wujud sebenarnya membantu anak muda untuk terus leka dan alpa...Kita tidak perlu hipokrit untuk mengambil pendekatan yang beretorik semata...

Penulis juga anak muda. Anak muda perlu dibantu, dipimpin dan dipengaruhi dengan kebaikan...2012, masih baru lagi...Jadi gunakanlah peluang ini untuk kita bersatu menunjukkan jalan yang betul kepada anak muda. Bukan tidak boleh berseronok, tapi harus berbatas...Islam datang dengan kesyumulannya...Lengkap untuk panduan menyuluh jalan...

Jadi, ke mana anak muda semua? Kita sebenarnya sudah sampai ke satu persimpangan...Tiba masanya untuk kita memilih haluan yang benar...Lupakan seketika keseronokan, kerana ianya tidak kekal...Ingat, ikut hati mati, ikut akal binasa...Ikut iman kita...InsyaAllah, terbaekkk!!

Ahad, 18 Disember 2011

::.. Kenangan Manis Mengajar Murid Lemah 2010 ..::

Catatan terbaru penulis pada malam ini hanyalah ingin berkongsi sedikit pengalaman menggembirakan yang penulis sendiri alamai sepanjang tahun 2010 di SK Pujut Corner...

Pada tahun 2010, penulis diamanahkan untuk mengajar BM kelas 6 Satria...penulis diminta oleh PK1, Cikgu Subaikah untuk menggantikan seorang cikgu yang cuti bersalin...Penulis dengan rela hati menerima tanggungjawab tersebut...Cikgu Subaikah meletakkan harapan yang tinggi kepada penulis untuk mengubah sikap kelas 6 Satria...Maklumlah, murid kelas paling hujung biasanya kondisi disiplin mereka agak teruk...Selain mengajar BM, penulis menjadi guru kelas mereka...Sejak pertama kali masuk, penulis dapat melihat potensi-potensi besar yang ada pada kelas 6 Satria...Ada 2 cabaran yang penulis terpaksa hadapi...Cabaran yang pertama bagaimana ingin mengubah persepsi kelas 6 Satria daripada kelas terkotor kepada kelas terbersih dalam pertandingan kelas bersih yang diadakan...Saban minggu penulis mengerahkan anak-anak murid mengemas kelas....Usaha itu amat berbaloi....Cuba saudara bayangkan, hampir setiap minggu kelas 6 Satria diumumkan sebagai Kelas Terbersih...

Cabaran yang kedua pula ialah untuk meningkatkan prestasi akademik murid di kelas paling hujung...Maklumlah setiap kali ujian, keputusan masih lagi merah, merah dan terus merah...Untuk mengatasi masalah ini, saya mengambil pendekatan yang tegas...antaranya menghukum murid yang tidak hadir kelas bimbingan dan murid yang memalukan kelas akan turut dihukum...Dengan cara tersebut, keadaaan disiplin semakin baik sehingga mendapat pujian daripada Guru Besar, Mr. Wong dalam mesyuarat staf....Apabila disiplin semakin baik, penulis mula menumpukan perhatian pada akademik....Penulis mengambil inisiatif untuk mendapatkan soalan-soalan daripada negeri-negeri lain...Penulis juga mengadakan kelas bimbingan pada bulan Ramadhan untuk murid-murid yang boleh lulus...Alhamdulillah, apabila keputusan UPSR diumumkan, pencapaian kelas 6 Satria 2010 merupakan yang terbaik daripada kelas 6 Satria tahun-tahun sebelumnya...Penulis berani mengatakan begitu kerana pada tahun 2010, terdapat murid yang berjaya lulus semua matapelajaran iaitu 5C...Ini juga merupakan sejarah untuk sekolah kerana belum pernah ada murid dari kelas 6 Satria yang lulus semua matapelajaran UPSR...Inilah kenangan paling indah buat penulis yang baru tahun pertama berkhidmat di sekolah itu....Murid tersebut ialah Teo Wan Shiang, yang telah menerima Anugerah Khas Guru Besar pada Hari Anugerah Cemerlang 2010...Penulis juga igin merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar 6 Satria 2010 iaitu Cikgu Hilda, Cikgu Mohadi dan Cikgu Donna Florence...Tidak lupa juga kepada Cikgu Subaikah dan Mr. Wong yang memberi peluang kepada penulis....


Itulah serba sedikit pengalaman manis mengajar kelas lemah yang penulis rasakan pada tahun pertama...

Sabtu, 10 Disember 2011

::.. Kita Adalah Apa yang Kita Cari ..::

Kita adalah apa yang kita cari...
Jika  kita mencari kekayaan,
Pasti kekayaan akan kita jumpa.
Jika kita mencari kawan,
Pasti kawan yang akan kita temui.
Jika kita mencari pangkat dan kedudukan,
Pasti pangkat dan kedudukan datang menemui kita.
Jika kita mencari perempuan,
Perempuan akan datang kepada kita.

Hakikatnya,
Tidak pernah ada orang gagal apabila mencari sesuatu,
Cuma bezanya ialah masa dan bagaimana kita mencari,
Pencarian yang berpenghujung akan menemui kepuasan,
Pencarian yang belum berpenghujung akan sentiasa menghidupkan harapan...

Tetapi harus kita ingat....
Apa yang kita cari...dan apa yang akan kita jumpa...
Ianya akan menemui jawapan Siapa Kita...

Khamis, 8 Disember 2011

::.. aku kembali ..::
Setelah lama membisu seribu bahasa,
Setelah bertahun kelu menahan bicara,
Setelah lelah berehat menghilang penat,
Setelah semangat membungkam dan tersungkur...

Kini aku kembali dengan semangat baru,
Kini aku cuba bangun daripada rehat yang memenatkan,
Kini aku akan menitipkan semula tinta yang pernah bernoktah,
Kini aku akan kembali berlidah....

Cuma,
Janganlah semangat pergi dan hanyut,
Janganlah azam diragut kesibukan lain,
Janganlah hanya memikirkan rehat,
Janganlah hendaknya tinta kelu semula...

InsyaAllah, mohon petunjuk dan ilham daripada Allah jua...